Tuntutan Elaun

Kriteria Pelantikan Guru Pembimbing ;

  • Guru yang mempunyai kelayakan Ikhtisas Pendidikan dan telah disahkan dalam jawatan.
  • Guru pembimbing menyelia Guru Pelatih berasaskan bidang mata pelajarannya.
  • Pentadbir sekolah digalakkan melantik guru yang mengajar mata pelajaran di kelas yang diambil alih oleh Guru Pelatih sebagai Guru Pembimbing.
  • Pentadbir sekolah dibolehkan juga melantik Guru Cemerlang/Ketua Bidang/Ketua Panitia dalam bidang mata pelajaran sebagai Guru Pembimbing.
  • Permohonan tuntutan elaun ini boleh mula dimohon semasa minggu terakhir Latihan Mengajar bagi semester berkenaan.

 Sila ambil tindakan seperti berikut ;

  • Sila masuk ke "Portal Guru Pembimbing", daftar sebagai Pengguna Baharu (untuk guru yang pertama kali membimbing) ataupun Log masuk seperti biasa (bagi pengguna sedia ada; guru yang pernah membimbing). Rujuk manual pengguna.
  • Isikan/kemaskini sehingga selesai kesemua butiran yang diperlukan. Apabila selesai, daftar nama Guru Pelatih yang berkenaan pada menu yang disediakan.
  • Sila cetak borang melalui pautan "Borang Tuntutan Elaun Khas Guru Pembimbing".
  • Dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Besar/Ketua Jabatan dan cop rasmi Jabatan.
  • Sertakan salinan muka depan buku akaun bank yang jelas dan boleh dibaca.
  • Juga sertakan salinan surat "Pelantikan Sebagai Guru Pembimbing" semester semasa bersama.
  • Poskan borang berkenaan beserta dokumen berkenaan ke :   

Pusat Latihan Mengajar dan Industri,
Aras Bawah, Blok 9,
Kampus Sultan Azlan Shah, Bandar Proton,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.

(u.p : Puan Nurfauzun Bt Adam)