• Home
  • Tugas & Tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab pensyarah penyelia

Tugas dan tanggungjawab pensyarah penyelia

  • Pensyarah hendaklah menghadiri taklimat praktikum yang diberi oleh Jawatankuasa Praktikum Kaunseling.
  • Menolong dan membimbing kaunselor pelatih mendapatkan maklumat, membina objektif dan membuat perancangan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
  • Memaklumkan secara bertulis jika terdapat kes-kes tertentu yang memerlukan perhatian dan tindakan segera Jawatankuasa Unit Latihan Mengajar Universiti dengan segera melaui penyelaras praktikum.
  • Menyelia kaunselor pelatih menerusi bimbingan, pemerhatian secara langsung sesi kaunseling individu dan kelompok, serta melalui rakaman video.
  • Membuat bimbingan dan penyeliaan pertama keatas kaunselor pelatih Antara minggu ke 3 hingga minggu ke 5.
  • Pada masa yang sama membuat sesi penerangan kepada Pengetua sekolah dan kaunselor pembimbing.
  • Pensyarah penyelia diwajibkan memberi salinan rekod penilaian penyeliaan untuk simpanan kaunselor pelatih setelah penyeliaan dilakukan.
  • Menyelaras markah yang diberikan oleh kaunselor pembimbing serta mengisi markah keseluruhan internship ke dalam sistem IMS pada minggu ke 16.
  • Pensyarah penyelia perlu memastikan kaunselor pelatih menghantar laporan keseluruhan internship kaunseling pada minggu ke 17.