• Home
  • Program
  • Latihan Industri

Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

(Perkara 3, Muka Surat 13, Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi)

Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi semua pelajar Diploma dan Sarjana Muda dari program yang terlibat bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Latihan industri ini dijalankan secara sepenuh masa.

(Perkara 1.0, Halaman 1, Buku Panduan Latihan Industri, Universiti Pendidikan Sultan Idris)