• Home
  • Program
  • Internship Kaunseling

Tentang Internship Kaunseling

Latar Belakang Internship Kaunseling

  • Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling merupakan program yang ditawarkan oleh Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Secara khususnya, program ini bermatlamat melahirkan graduan yang berketrampilan dan mantap dari segi pengetahuan dan kemahiran asas dalam disiplin bimbingan dan kaunseling. Program ini bertujuan agar pelajar berupaya memberi sumbangan jangka pendek dan jangka panjang kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan individu.
  • Kaunselor pelatih yang menjalani internship di sekolah akan diselia oleh pensyarah penyelia yang dilantik oleh Jabatan Psikologi dan Kaunseling serta dibimbing oleh kaunselor pembimbing di sekolah berkenaan.
  • Kaunselor pelatih yang ditempatkan di sesebuah sekolah dikehendaki mematuhi peraturan dan etika organisasi sekolah berkenaan seperti waktu bertugas, etika berpakaian dan sebagainya.
  • Kaunselor pelatih diwajibkan menjalani 560 jam internship dan memenuhi kehadiran 100 peratus.