Penilaian

Kriteria Penilaian Latihan Mengajar Penilaian bagi latihan mengajar meliputi tiga bahagian, iaitu Bahagian A (Persediaan), Bahagian B (Perkembangan) dan Bahagian C (Sahsiah).

  • Bahagian A – Persediaan (25%)

Persediaan ialah perancangan Guru Pelatih sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aspek penyediaan sukatan pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan dan penulisan Rancangan Pengajaran Harian.

 

  • Bahagian B - Perkembangan (65%)
    • Permulaan pengajaran
    • Perkembangan pengajaran
    • Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)/Kemahiran
    • Berfikir Secara Kreatif dan Kritis/Kemahiran
    • Berbahasa/Nilai/Kemahiran Proses Sains.
    • Pengurusan Bilik Darjah/Makmal
    • Komunikasi/Pertuturan
    • Pentaksiran
    • Penguasaan Isi Pelajaran
    • Penyertaan Pelajar/Murid
    • Penggunaan Alat Bantu Mengajar.
    • Penutup Pengajaran
    • Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

 

  • Bahagian C - Sikap Dan Sahsiah (10%)
    • Penampilan Diri
      • Guru Pelatih hendaklah berkeyakinan tinggi dalam penampilan diri , bersikap positif, mesra dan memiliki sifat kecindan serta dapat menimbulkan kesan yang menyenangkan, bersopan santun, dan berbudi bahasa.
    • Ciri-ciri Profesional
      • Guru Pelatih hendaklah menunjukkan sifat dan sikap bertanggungjawab, beriltizam, berdedikasi serta bersedia menerima teguran yang membina daripada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan pihak pentadbir sekolah/institusi.
  • Aktiviti Kokurikulum Dalam Program Latihan Mengajar (5%)
    • Guru Pelatih mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sama ada dalam aktiviti unit beruniform atau sukan/permainan atau kelab/persatuan dan aktiviti-aktiviti lain institusi.
    • Jenis kegiatan yang diikuti hendaklah dicatatkan dalam ruangan yang disediakan dalam borang LM 2. 
    • Borang LM2 perlu dihantar bersama-sama dengan borang LM1 kepada Pensyarah Penyelia.