Penilaian

Penilaian ini akan dijalankan dalam tiga (3) peringkat:

  1. Industri (30% )
    • Pelajar akan dinilai prestasinya oleh pihak Organisasi dengan menggunakan Borang Penilaian Penyelia Industri.

    • Perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian ini adalah dari segi disiplin, kemahiran kerja, ketabahan dan semangat, sikap kerja yang kreatif dan inovatif, personaliti serta kemahiran berkomunikasi.

  2. Fakulti (30%)
    • Pelajar akan dinilai prestasinya oleh Pensyarah Penyelia dengan menggunakan Borang Penilaian Pensyarah Penyelia.

    • Perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian ini adalah dari segi disiplin, kemahiran kerja, ketekunan dan minat, kreatif dan inovatif, sikap bekerjasama, personaliti dan kemahiran berkomunikasi.

  3. Laporan (40%)
    • Laporan Ahir Latihan Industri merupakan sebuah laporan yang menerangkan dengan jelas kerja-kerja amali dan teori yang dilaksanakan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri. Ringkasan kerja yang dibuat dan lampiran yang berkaitan juga perlu disertakan di dalam laporan ini. Laporan Akhir Latihan Industri hendaklah ditulis berpandukan format umum penulisan Laporan Latihan Industri yang disediakan. Perlu diingatkan, Laporan Akhir Latihan Industri adalah berdasarkan format yang telah ditetapkan dan dibukukan tetapi bukanlah sekadar himpunan borang serta nota gambarajah.

Nota: Tertakluk kepada keperluan dan program*