Pengenalan

Praktikum atau Latihan Mengajar adalah kemuncak kepada program pendidikan guru untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar di sekolah.

Bermula kemasukan Sesi 2008 / 2009, pelajar akan menjalani latihan praktikum pada Semester 7 pengajian.

Antara perkara yang perlu diketahui umum berkaitan Latihan Mengajar ialah:

  • Buku Panduan Latihan Mengajar
  • Penyelaras Latihan Mengajar
  • Penempatan Latihan Mengajar

 

Gred Lulus 

1.   Keputusan Mesyuarat Senat Kali Ke-77 Bil.4/2010 (8 Jun 2010).

~ meluluskan cadangan meningkatkan gred lulus Latihan Mengajar daripada Gred C+ kepada Gred B bagi semua pelajar mulai Semester 1 Sesi 2010/2011.

2.  Perkara Akademik 2008 Pindaan 2012.

3.6 Mengulang Kursus;

3.6.3  Bagi pelajar yang memperoleh Gred B- ke bawah dalam Praktikum/Latihan Mengajar, pelajar diwajibkan mengulang Praktikum/Latihan Mengajar tersebut sebanyak satu (1) kali sahaja.