Pelaksanaan

Pelaksanaan Latihan Mengajar

  • Tempoh pelaksanaan sistem latihan mengajar.
    Guru pelatih hendaklah mengikuti dan menamatkan latihan mengajar mengikut tempoh yang ditentukan oleh pihak Universiti.
  • Melaporkan diri di Institusi

    • Guru pelatih mesti melapor diri di institusi pendidikan semasa hari pertama latihan mengajar dimulakan dan menyerahkan boring butiran diri kepada pentadbir institusi.
    • Pada masa yang sama, dapatkan jadual tugas mengajar dan maklumat yang berkaitan daripada pihak institusi.
  • Waktu mengajar.

    • Waktu pengajaran ialah 10-12 waktu seminggu :
      • 8 – 10 waktu untuk mata pelajaran major.
      • 2 – 4 waktu untuk mata pelajaran minor.
  • Persediaan sebelum mengajar.

    • Guru pelatih dikehendaki sentiasa bekerjasama dan berbincang dengan guru mata pelajaran yang diambil ailh untuk memastikan kesinambungan dalam pengajaran.
    • Guru Pelatih hendaklah memastikan buku persediaan mengajar dan rancangan pengajaran harian hendaklah ditulis dengan lengkap dan kemas.
    • Guru Pelatih tidak perlu menyerahkan buku persediaan mengajar kepada Pensyarah Penyelia setelah tamat Latihan Mengajar, kecuali diperlukan.

  • Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • Refleksi selepas proses pengajaran dan pembelajaran
  • Penyeliaan
  • Tugas dan tanggungjawab Guru Pelatih
  • Keperluan kehadiran Latihan Mengajar

** Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Panduan Latihan Mengajar, atau hubungi talian 015-48797217 (En. Haffiez)