Pelaksanaan

PROSEDUR LATIHAN INDUSTRI

  • Sebelum Latihan Industri
    Sebelum menjalani LI, pelajar dikehendaki terlebih dahulu:
    • Menghadiri taklimat LI yang dianjurkan oleh Fakulti sebelum latihan dimulakan. Taklimat ini bertujuan bagi menyediakan pelajar dengan:
      • Teknik berkomunikasi formal (lisan dan bertulis)
      • Keterampilan dan etika kerja
      • Penyediaan laporan-laporan LI dan tugasan khusus
        Mendaftar subjek LI semasa pra-pendaftaran sebelum semester bermula dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat fakulti masing-masing.
    • Mengisi maklumat diri lengkap di pejabat Penyelaras LI.
    • Mendapatkan Buku Panduan Latihan Industri UPSI.
  • Semasa Latihan Industri
    Semasa menjalani LI, pelajar diwajibkan:
    • Mengisi dan mengembalikan Borang LI.01 (Lapor Diri) yang telah dilengkapkan ke Fakulti dalam masa seminggu selepas LI bermula.
    • Mengisi dan melengkapkan Laporan Catatan Mingguan dan menghantarnya bersama-sama Laporan Akhir seminggu setelah tamat LI. Laporan Akhir hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh fakulti dan mestilah mendapat pengesahan daripada Penyelia Industri. Kegagalan menghantar Laporan Catatan Mingguan boleh menjejaskan keputusan akhir pelajar.
  • Selepas Latihan Industri
    Selepas tamat tempoh LI, pelajar hendaklah:
    • Menyiapkan dan menghantar Laporan Catatan Mingguan, Laporan Akhir dan Tugasan Khusus dalam masa satu (1) minggu selepas tamat LI ke pejabat Pensyarah Penyelia. Laporan Catatan Mingguan hendaklah disahkan oleh Penyelia Industri sebelum dihantar kepada Pensyarah Penyelia.
    • Mengingatkan kepada Penyelia Industri supaya mengisi Borang LI.02 (Penilaian Penyelia Industri) dan menghantarnya kepada Pensyarah Penyelia setelah tamat tempoh menjalani LI. Nama pelajar, No. pendaftaran pelajar dan program perlu ditulis di bahagian luar sampul surat bagi memudahkan pengesanan.


Catatan: Setiap pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan Laporan Catatan Mingguan, Laporan Akhir, Tugasan Khusus dan Borang LI.02 (Penilaian Penyelia Industri) sampai ke Pejabat Pensyarah Penyelia(seminggu setelah LI tamat). Pihak fakulti tidak akan memberikan sebarang markah sekiranya laporan-laporan dan borang ini tidak diterima oleh Pensyarah Penyelia.