Objektif

Semasa internship, kaunselor pelatih diharapkan dapat;

  • Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bimbingan dan kaunseling secara praktikal di setting latihan.
  • Menjalankan internship sesi kaunseling individu dan kelompok, dan bimbingan individu dan kelompok dengan berkesan di setting latihan.
  • Menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran unit bimbingan dan kaunseling secara berkesan.
  • Bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program-program bimbingan dan kaunseling.
  • Mampu menganalisis kajian-kajian kes kaunseling serta menulis laporan mengenainya mengikut format yang ditetapkan.
  • Memperkembangkan sahsiah kaunselor pelatih dan mempertimbangkan profesionalism sebagai seorang kaunselor pelatih yang berwibawa.