• Home
  • Info@PuLaMI
  • Dasar Kualiti

Dasar Kualiti

DASAR KUALITI

PuLaMI beriltizam untuk merancang, mengurus, melaksanakan dan menilai program latihan mengajar/internship dan latihan industri supaya dapat disempurnakan dengan berkesan dan mencapai objektif Universiti selaras dengan perkembangan pendidikan Negara.

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan perancangan aktiviti tahunan latihan mengajar/internship dan latihan industri mendapat kelulusan Universiti.
  • Memastikan penempatan pelajar bagi latihan mengajar/internship dan latihan industri dilaksanakan ke institusi yang berkenaan.
  • Memastikan pelantikan guru pembimbing yang sesuai bagi membimbing guru pelatih dalam latihan mengajar/internship.
  • Memastikan pensyarah penyelia dilantik untuk setiap pelajar yang terlibat dalam latihan mengajar/internship dan latihan industri.
  • Memastikan penyeliaan rentasan dibuat terhadap pelajar yang menghadapi masalah di institusi yang dilaporkan semasa latihan mengajar/internship dan latihan industri.
  • Memastikan 100% borang tuntutan Elaun Guru Pembimbing yang diterima dengan lengkap diproses untuk pembayaran oleh pihak Bendahari UPSI.
  • Memastikan program yang sesuai dirancang dan dijalankan untuk pensyarah penyelia dan guru pembimbing.