Tuntutan Elaun

Menurut Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (no. rujukan: PS(6.00)111-JD4(SK 1/94)/(2)), Guru Pembimbing bagi Kursus Perguruan Pra Perkhidmatan layak diberikan elaun khas guru pembimbing yang membimbing guru-guru pelatih kursus Perguruan Asas.

Peraturan yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) (Siswazah) yang dilantik menjadi guru pembimbing diberi elaun khas sebanyak RM80 sebulan dan RM60 sebulan bagi PPP (Bukan Siswazah) bagi tempoh latihan mengajar dan sekiranya perkhidmatan kurang dari sebulan, ia dibayar mengikut bahagiannya iaitu secara ’proportionate’.
  • PPP yang dilantik sebagai pembimbing adalah dikehendaki membimbing 2 guru pelatih bagi tempoh latihan mengajar tersebut.
  • tugas tambahan memberi bimbingan tersebut tidak boleh diambil kira untuk kerja lebih masa dan.
  • pemberian elaun khas ini berkuatkuasa 1.1.1996.

Proses dan prosedur untuk membuat tuntutan elaun ini boleh dirujuk dibahagian Menu Latihan Mengajar.