• Home
  • Aktiviti
  • Persidangan
  • International Teacher Education Conference on Teaching Practice 2016

International Teacher Education Conference on Teaching Practice 2016

Jawatankuasa ITECTP 2016 mempelawa pembentang/peserta untuk menghadiri persidangan ini yang menyediakan platform untuk perkongsian maklumat dan dapatan penyelidikan berkaitan latihan mengajar. Persidangan yang bertemakan “Models, Trends and Issues in Teaching Practice” adalah bertepatan dan selari dengan salah satu objektif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Antara tiga bidang kekuatan utama dalam bidang pendidikan iaitu POLISI, PRAKTIS dan PENYELIDIKAN akan berupaya menggerakkan inisiatif ke arah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan akan menghasilkan pelan transformasi ke arah standard pendidikan kelas dunia. Sehubungan itu, ITECTP 2016 menyediakan platform untuk meneliti perkara-perkara tersebut dan menyatukan isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan dasar pendidikan, kepimpinan pengajaran dan strategi instruksional bilik darjah dan untuk mengukuhkan pengetahuan baru, idea-idea dan inovasi dalam bidang ini melalui spektrum hasil penyelidikan yang dijalankan.

Tarikh: 8 - 10 Oktober 2016
Tempat : Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak Malaysia

Layari laman rasmi ITECTP 2016 untuk maklumat lanjut.