Peraturan

KEHADIRAN DAN CUTI.

  • Kehadiran dalam PPG adalah wajib. Di dalam tempoh PPG guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan), atau cuti mengejut kerana sesuatu hal yang menimpa diri atau keluarga, mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan universiti.
  • Sekiranya guru pelatih tidak dapat memenuhi syarat kehadiran 100% disebabkan oleh kes-kes tertentu , guru pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh PPG sebelum menjalani Latihan Mengajar.
  • Guru pelatih yang mengalami masalah kesihatan seperti kemalangan atau bersalin dan tidak dapat menjalani PPG dinasihatkan supaya menangguhkan PPG. Sekiranya guru pelatih memilih untuk meneruskan PPG, guru pelatih hendaklah menyatakan secara bertulis kepada pihak universiti, sebrang risiko adalah atas tanggungan sendiri.
  • Kehadiran PPG mestilah 100%. Dalam tempoh PPG, guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan) mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan Universiti.
  • Guru-guru pelatih yang tidak hadir melebih 10% tempoh PPG dikehendaki mengulangi keseluruhan PPG melainkan kes-kes yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Latihan Mengajar/Praktikum UPSI.
  • Guru pelatih yang bersalin semasa PPG dikehendaki mengulangi keseluruhan PPG.
  • Guru pelatih dikehendaki melengkapkan borang kehadiran dan disahkan oleh Guru Besar/Pengetua. Borang kehadiran perlu disertakan bersama dalam folio.