Pelaksanaan

Tempoh:

PPG dilaksanakan sebanyak dua (2) kali iaitu PPG 1 dan PPG 2. Pelaksanaannya adalah seperti dalam Jadual 1.

Guru pelatih perlu memilih sekolah (berhampiran tempat tinggal) dengan andaian kos saraan ditahap minimum.

Program

Tempoh

Perlaksanaan

Penempatan

PPG1

2 Minggu

Cuti Semester 2

Sekolah menengah berhampiran dengan tempat tinggal

PPG2

4 Minggu

Cuti  Semester 4

Jadual 1. Pelaksanaan PPG

Prosedur Pelaksanaan:

PERKARA

OBJEKTIF

TUGASAN

Program Perantis Guru (PPG) 1

(2 minggu)

Menganalisis persekitaran dan budaya  sekolah

1.    Para pelajar dikehendaki mengumpul maklumat tentang sekolah dalam aspek berikut :

        i.     Nama dan alamat sekolah

       ii.       Bilangan guru dan kakitangan sokongan

      iii.       Lokasi sekolah

      iv.       Sejarah sekolah

       v.       Pelan sekolah

      vi.       Takwim sekolah

     vii.       Gred sekolah

    viii.       Pengurusan dan kurikulum

      ix.       Jenis sekolah

       x.       Aktiviti dan ko-kurikulum

      xi.       Logo, visi dan misi

     xii.       Prasarana

    xiii.       Bilangan pelajar

 

2.    Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pelajar dikehendaki membuat rumusan secara keseluruhan tentang persekitaran dan budaya sekolah serta menganalisa secara kritikal perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program Perantis Guru (PPG) 2

(4 minggu)

Membina kemahiran dalam amalan PdP, pengurusan ko-kurikulum dan pengurusan sekolah.

1.    Pengetahuan dalam sukatan/dokumen kandungan matapelajaran;

Membuat laporan mengenai sukatan /dokumen kandungan matapelajaran pengkhususan masing-masing.

2.    Kemahiran dalam amalan PdP Guru Pembimbing;

2.1 Melaksanakan pemerhatian ke atas sekurang-kurangnya satu sesi PdP guru pembimbing dan menyediakan laporan merangkumi elemen berikut :

    i.        Tajuk

    ii.       Kaedah penilaian

   iii.       Objektif pengajaran

   iv.       Penutup

    v.       Kaedah mengajar

   vi.       Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid

  vii.       Penggunaan alat bantu mengajar

 viii.       Hasilan pembelajaran

   ix.       Pengurusan bilik darjah

    x.       Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkeperluan khas(sekiranya ada)

    xi.       Pengurusan masa pengajaran

 

2.2  Membuat refleksi terhadap proses PdP guru pembimbing.

3.    Kemahiran dalam amalan PdP Guru Pelatih;

3.1  Menghasilkan satu RPH dan melaksanakan pengajaran serta merekodkan pengajaran tersebut.

3.2  Membuat refleksi tentang pengajaran PdP yang dilakukan.

4      Kemahiran dalam aktiviti pengurusan sekolah;

Membuat laporan mengenai penglibatan bersama guru dalam melaksanakan aktiviti pengurusan sekolah. Contoh seperti Guru Panitia/ Guru Kelas/ Guru Bimbingan dan Kaunseling/ Guru Disiplin dan lain-lain.

5      Kemahiran dalam aktiviti pengurusan ko-kurikulum;

Membuat laporan mengenai penglibatan bersama guru dalam melaksanakan aktiviti pengurusan ko-kurikulum sekolah.