Latihan Mengajar Luar Negara (Indonesia)

Tawaran Untuk Mengikuti Program Latihan Mengajar Ke Luar Negara.

Melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Bil 11/2015 pihak Universiti telah bersetuju untuk melaksanakan program Latihan Mengajar dengan 13 Universiti ahli CAPEU dari Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina dan Australia untuk tempoh (8) minggu. Bagi sesi kali ini, hanya 3 Universiti yang terlibat iaitu UNNES, Yogyakarta, dan Acheh. PuLaMI sedang membuat survey pelajar untuk permohonan mengikuti program tersebut. 

Jangkaan Pelaksanaan:  Sesi Julai 2016 (tarikh tutup permohonan: 12 Jun 2016)

Syarat Asas:

  • PNGK Terkini 3.5 ke atas
  • Bidang English/Sains/Matematik /Pendidikan Jasmani/Sukan/Muzik/Seni/Pendidikan Awal Kanak-Kanak/Bimbingan & Kaunseling/Pendidikan Islam/Bahasa Arab.
  • MUET Band 3 ke atas, atau General English (BIU3013), sekurang-kurangnya gred C. 
*Pihak Universiti menanggung sebahagian daripada kos keseluruhan seorang pelajar.
 
Pelajar yang berminat sila isi borang survey ini untuk tujuan tapisan dan temuduga;