PULAMI TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS KUIS

UPSI - Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI) telah menerima kunjungan seramai 7 orang deligasi dari Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 5 September 2019. Lawatan Penanda Aras yang diketuai oleh En. Mohd Amin bin Mohd Noh, Ketua Latihan Industri dan Jaringan Komuniti, KUIS bertujuan untuk menambahbaik penyediaan prosedur dan dokumentasi berkaitan Latihan Mengajar (LM) di Fakulti Pendidikan, KUIS.

“Menurutnya lagi, KUIS juga berhasrat mempelajari pelaksanaan latihan praktikum yang terancang di UPSI memandangkan jumlah pelajar praktikumnya yang ramai untuk diimplimentasikan kepada Pensyarah dan Pelajar tahun akhir fakulti di sekolah agar dapat berjalan dengan lancar.”

Semasa sesi lawatan, Dr. Ashardi bin Abas, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Mengajar dan Industri, PuLaMI berkongsi pengalaman menguruskan LM Struktur Bharu di UPSI melibatkan seramai 2300 orang pelajar bermula Julai 2019 lalu bagi fasa pertama dan persediaan awal menghadapi fasa kedua pula akan dilaksanakan pada Februari 2020. 

Pelbagai soalan diajukan oleh pihak KUIS antaranya ialah tindakan PuLaMI sekiranya terdapat pelajar yang bermasalah semasa menjalani praktikum, cara pelaksanaan pelajar praktikum ke luar negara, penerimaan lebih jam waktu oleh Guru Pelatih daripada jumlah jam waktu  maksimum yang ditetapkan bersama Pengarah PuLaMI, Prof. Dr Abdul Rahim bin Hamdan dan timbalan-timbalanya.

Dalam pada masa itu, KUIS juga turut berkongsi amalan menguruskan LM di KUIS selain melahirkan rasa minat untuk menghantar wakil atau mengadakan Bengkel Teaching and Learning, Assessment and Supervision yang dianjurkan oleh PuLaMI kepada bakal Penyelia KUIS dalam usaha memantapkan lagi proses penyeliaan di KUIS.

Siri lawatan ini diakhirnya dengan sesi penyampaian cenderamata sebagai kenang-kenangan. Semoga Lawatan Penanda Aras ini mampu memberi lonjakan inspirasi kepada kedua-dua pihak untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan LM pada masa hadapan. 

Sesi pengenalan oleh Ketua Rombongan KUIS

Barisan deligasi KUIS yang hadir

Perbincangan sambil menjamu selera

Penyerahan cenderamata oleh PuLaMI

Sesi fotografi bersama semua deligasi sebelum pulang