Program Go-Green with UPSI: Student Ambassador

Perhatian kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Mengajar 2 (LM2) pada Semester Khas (Februari 2020). Anda dialu-alukan untuk menghantar kertas cadangan Program GO-GREEN with UPSI: Student Ambassador. Penyertaan program melibatkan sebanyak 20 pelajar yang akan menjalani Latihan Mengajar melibatkan 20 sekolah.

Pelajar yang terlibat perlu menyediakan kertas cadangan bagi aktiviti berasaskan kelestarian ‘Sustainable Development Goals’ bersama pihak sekolah melalui kebenaran pihak Pengetua. Program/ aktiviti akan dibiayai sehingga RM1000.

  • Syarat-syarat program boleh dilihat menerusi infografik yang diberikan: Syarat Penyertaan.
  • Tempoh program: Februari - Mac 2020.
  • Sila isi borang di pautan ini: Google Form
  • Tarikh tutup penyertaan pada: 29 November 2019 (Jumaat).
  • Kertas kerja yang terpilih akan di hubungi oleh pihak BPK.

Contoh Kertas Kerja Projek:

  1. Projek Integrasi Komuniti
  2. Food Waste Composter Program

Anjuran:
Bahagian Perancangan Korporat (BPK) dan Pusat Latihan Mengajar & Industri (PuLaMI) UPSI