PELEPASAN CUTI LM & LI SEMPENA PRU 14 (2018)

Seperti yang kita semua sedia maklum, tarikh pilihanraya umum (PRU) ke 14 yang jatuh pada 9 Mei 2018 (Rabu). Rakyat Malaysia yang layak mengundi disarankan untuk pulang menunaikan tanggungjawab yang bakal menentukan masa depan negara.

Bagi pelajar UPSI yang sedang menjalani Latihan Mengajar/Praktikum/Internship Kaunseling dan Latihan Industri, anda juga tidak terkecuali. UPSI dan PuLaMI dengan sukacitanya mengumumkan pelepasan cuti sempena PRU 14 ini selama 3 hari tanpa gantian bermula 8 hingga 10 Mei 2018 (tertakluk kepada persetujuan pentadbir sekolah/insitusi/organisasi).

Surat Permohonan Pelepasan Cuti Sempena Piliharaya Umum (PRU) 14 bagi kesemua sekolah/institusi yang terlibat boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan. Surat ini hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir sekolah/pengarah institusi sebagai makluman dan untuk tindakan selanjutnya di pihak sekolah/institusi.

 Muat turun Surat mengikut negeri (LM/Praktikum/IK/SF): 

  1. Selangor
  2. Melaka
  3. Kelantan
  4. Pahang
  5. Negeri Sembilan
  6. Kedah
  7. Kuala Lumpur
  8. Johor
  9. Perak
  10. Pulau Pinang
  11. Putrajaya
  12. Terengganu

  Muat turun surat bagi Industri (Latihan Industri):