• Home
  • Activity
  • Latest News
  • Pertandingan Inovasi dan kreativiti dalam Latihan Mengajar

Pertandingan Inovasi dan kreativiti dalam Latihan Mengajar

 

Syarat dan tatacara Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Latihan Mengajar/ Internship Kaunseling sempena Bengkel Taklimat Latihan Mengajar anjuran PULAMI 2017

Tarikh : 18 Mei 2017 (Khamis)
Tempat: Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tema: “Inovasi Dalam Pendidikan Abad ke-21

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu:

  • Inovasi dalam latihan mengajar/ internship kaunseling BERASASKAN ICT.
  • Inovasi dalam latihan mengajar/ internship kaunseling BUKAN BERASASKAN ICT.

Peserta perlu menyertakan ringkasan berikut untuk dimuatkan dalam poster bersaiz A2 berkaitan inovasi yang dihasilkan. Ringkasan merangkumi aspek berikut:

  • Permasalahan yang mendorong penghasilan inovasi.
  • Penerangan mengenai inovasi latihan Mengajar/ Internship kaunseling yang dihasilkan.
  • Keistimewaan inovasi yang dihasilkan.
  • Potensi inovasi yang dihasilkan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar ISMP UPSI dari Semester 5 hingga 8.

Tarikh tutup penyertaan pada 6 Mei 2017.

Seorang wakil dalam kumpulan perlu membentangkan inovasi dalam bentuk (powerpoint) dalam sesi ‘pitching’ akhir yang akan diadakan pada 18 Mei 2017 (Khamis) dalam masa 10 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab. Wakil perlu membawa bahan inovasi bersama semasa pembentangan.

Poster dan bahan berkaitan inovasi akan dipamerkan dibahagian ruang legar. Anda boleh menggunakan pelbagai kreativiti untuk mempamerkan poster dan bahan-bahan anda.

Hadiah tempat pertama RM 300, Kedua RM 250 dan ketiga RM 150.

Pemenang pertandingan akan diberikan keistimewaan untuk membentangkan inovasi pada taklimat Latihan mengajar pada sebelah petang.

>> BORANG PENYERTAAN