Pengenalan

Program Perantis Guru (PPG) bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah.

PPG terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang.

PPG merupakan pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.

Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi.